Gaya hidup Gopeng

Masyarakat Gopeng sememangnya sangat bertuah kerana dikelilingi tiga bandar besar yakni Ipoh (utara), Kampar (selatan) dan Batu Gajah (barat). Seperti pekan-pekan biasa yang terletak di luar rangkuman bandaraya, kehidupan di Gopeng tidak begitu sibuk pada hari-hari biasa termasuklah hujung minggu.

Kehidupan di Gopeng dihidupkan lagi dengan kehadiran pasar-pasar pagi dan juga pasar malam. Pasar pagi di Gopeng dibuat pada hari Selasa atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lambak Selasa. Istilah ini telah digunakan sekian lama khususnya masyarakat Rawa atau Orang Rao di Gopeng. Pada hari Ahad pula, pasar malam pula diadakan di Gopeng.

Kebanyakan penduduk Gopeng akan menuju ke Ipoh untuk menghabiskan waktu malam hujung minggu mereka di mana lebih banyak tempat untuk membeli-belah dan bersantai di kedai - kedai makan sambil minum teh ais, antaranya dikedai Atas Bukit dan Wadi Tok Faerah.